Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Bismillahirahmanirahim…
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Saya mulakan penulisan buat kali pertama diruangan ini. Pertama-tamanya dan selama-lamanya ingin saya panjatkan syukur pada Al-Khalid(Maha Pencipta) di atas nikmat yang tidak terhingga ini iaitu nikmat hidup sebagai seorang muslim, nikmat islam dan nikmat iman.
“…Mulianya kita kerana mengamalkan islam dalam hidup dan hinanya diri kita kerana meninggalkan islam…”
Pertama kali saya membaca nama blog ini [tamansyurgakita], terasa begitu rapat sekali ukhwah yang terbina ini, bagai tiada jurang yang boleh menghalang hubungan ini. Benarlah kata2 itu, jika ukhwah yang terjalin ini kerana ingin mendapat redha Allah maka kita akan terasa kemanisannya,,,bagaikan semanis gula atau mungkin lebih manis dari itu.
“…Ya Allah, ikhlaskan hati ini dan hati-hati mereka tika berada dijalan dakwahMU…”
Bila mana saya membaca tagline blog ini, terlintas dikepala kata-kata yang pernah diutarakan oleh kedua ibu bapa saya. Kata mereka,,, “Kita ni, kalau nak buat baik jangan buat sorang2. Emm,ajah suka nanti duduk syurga sorang2??tak ada ummi, walid, adik-beradik, dan kawan2. Lantas kepala digelengkan tanda tidak suka. Maka sebab itu bila kita buat baik, jangan lupa berdoa kepada Allah agar Allah melembutkan hati orang lain dan moga-moga mereka juga ingin berbuat baik sebab syurga itu kan untuk kita semua..” :-)
Baru-baru ini, saya agak sibuk membelek-belek kalendar dan sempat melihat planner saya sepanjang sem ini, fuh!!!kadang-kadang terasa sibuk mengalahkan pm Malaysia. hehe. Tiba-tiba mata dah terpandang sesuatu seraya otak mula berputar mengingat kembali setiap aktiviti yang dijalankan dan serta-merta satu senyuman mula tersimpul. Telah lebih sebulan Youth Outdoor Quest(YOQ ’12) berlalu namun kadang-kala memori itu masih segar dalam ingatan saya. Mungkin juga sahabat-sahabat yang lain merasai perkara yang sama.
Saya akui setiap aktiviti yang dijalankan benar-benar menguji tahap kesihatan fizikal dan juga tahap kemantapan mental para peserta. Aktiviti pertama kami diberi nama ‘amazing race’, 10 jam tanpa henti.Saat mendengar penerangan daripada ketua fasi, terasa macam nak tarik diri.
“… Ya Allah,,,mampukah aku untuk semua ini…”
Checkpoint pertama, kumpulan saya diberi satu task iaitu teka silang kata. Emm, soalan yang diajukan adalah berkaitan dengan sirah sesuai dengan temanya yang diberi nama [YOQ’ 12 ; menjunjung sirah membumi ibrah]. Ada soalan yang boleh dijawab dan ada yang terpaksa saya dan lain tinggalkan kosong buat sementara. Suasana senyap seketika, masing2 cuba berfikir akan jawapannya dan saya, perasaan saya ketika itu terasa malu dan sedih, sangat malu kepada Ilahi, malu kepada pesuruh Allah, malu kepada semua, sangat sedih dengan keaadan yang menimpa diri. Kadang-kadang diri mengaku mencintai Rasulullah tapi apa yang sudah saya lakukan untuk buktikan rasa cinta itu,,, sirah tentangnya pun tak berapa nak ingat,bak kata orang putih- fail…Berfikir sejenak…..
“…Ya Allah, janganlah Engkau palingkan hati ini dan hati-hati mereka sesudah Engkau memberi hidayah kepada kami…”
Kira-kira jam 6petang, aktiviti amazing race sampai ke penghujungnya yang mana saya dan lain telah berkumpul di masjid amaniah. Seusai selesai solat isyak berjemaah kami diminta berkumpul untuk aktiviti seterusnya iaitu setiap kumpulan dikehendaki menceritakan apa yang dilakukan sepanjang amazing race ini. Rata-rata dari mereka menceritakan task di masjid India yang paling mencabar. Mana tidaknya, saya dan yang lain diminta untuk mempromosikan Rasulullah s.a.w sebagai role model dalam hidup. Di depan khayalak ramai, masing2 bersungguh-sungguh melaksanakan tugasan itu. Terasa menonton Law Ka na Bainana secara live. Disaat kumpulan saya melakukan tugasan ini, ada pandangan yang menjengkelkan beserta senyuman sinis namun tidak kurang juga yang memberi kata semangat.
Selesai tugasan ini, akak itu ada bertanya, “apa perassan kalian tika diajukan tugasan ini?? teruja @ malu @ geram???” ,Ye,,, sejujurnya saya malu tapi saya juga sedar bahawa malu yang saya miliki saat itu adalah tidak bertempat, masakan boleh katakan cinta pada rasulullah tapi suruh sebarkan dakwah, malu. Ramai sahabat yang miliki perasaan malu ketika itu, malu jika ditertawakan, malu apabila diperhatikan orang sekeliling, malu jika apa yang dilakukan tidak berjaya.
Kemudian sambung akak itu lagi, “Kenapa harus malu kepada perkara kebaikkan?
Kita bukan buat perkara terlarang dan satu lagi, jangan cepat melatah dengan pandangan sekeliling. Jika dibandingkan dengan dakwah yang dilakukan rasulullah s.a.w, seksaan yang nabi kita terima daripada kaum Quraisy jauh lebih teruk dari apa yang kita rasai sekarang.
“...Ya Allah, ampunkan dosaku dan dosa mereka semua…”
Setiap akitiviti yang dijalankan mempunyai objektifnya yang tersendiri. Sebelum ini sempat saya membaca blog beberapa sahabat2 yang lain. Kebanyakkan mereka bercerita tentang aktiviti yang menarik hati mereka dan saya juga merasainya. Aktiviti War Games bagaikan menduduki tempat kedua dalam carta hati setiap peserta yang hadir. Ia menguji kami semua untuk bekerja dalam satu pasukan, pasukan kaum muslimin yang bakal ditentang oleh golongan kafir. Apabila bekerja dalam pasukan, masing-masing begitu teruja untuk berkongsi idea. Subhanallah, idea2 mereka amatlah mantop sekali. Terasa diri ini tidak pantas untuk bersahabat dengan mereka. Mereka semua ini hebat orangnya, terasa naïf bila duduk dengan mereka kerana saya sedar bahawa saya tidak menyumbangkan apa2 idea pun, sekadar memerhati dan mendengar setiap patah bicara yang mereka keluarkan.
Alhamdulillah semua aktiviti ini banyak memberi pengajaran dan pengalaman yang berharga buat diri ini, yang tidak boleh dijual beli oleh wang. Insya allah akan saya cuba aplikasikan apa yang telah dikutip sepanjang YOQ’ 12 ini berlangsung. Dengan itu ingin saya berkongsi resolusi yang telah disepakati oleh semua peserta:
I. Hadir dan berusaha mengajak kawan-kawan dalam menghadiri program2 tarbiyyah.
II. Beristiqamah dalam melakukan sunnah rasulullah seperti selawat, infak, puasa sunat,
solat sunat dan baca Al-Quran.
III. Meningkatkan imu pengetahuan tentang sirah rasulullah s.a.w
IV. Memastikan ukhwah setiap peserta berterusan; ukhwah teras kegemilangan ummah.
Kepada para organisasi program ini samada yang terlibat secara langsung @ tidak, saya ucapkan sekalung tahniah buat anda semua. Anda sememangnya OSEM!!!!(^_^)