Thursday 26 January 2012

ukhuwah yang dirindui~~


Dalam meniti hari-hari cuti ni, terlintas selalu wajah-wajah damai sahabat-sahabat.Terkadang bergenang mutiara mengenang keakraban dan senda gurau yang pernah diukir. Tambah-tambah lepas sahaja habis YOQ12. Betapa rindu ingin memeluk dan memegang erat tangan bersama-sama berjalan dijalan tarbiyah dan dakwah. Manisnya ukhuwah yang dibina fillah ni, kadang tak terganggung betapa manisnya..sekadar meminjam kata-kata seorang sahabat yang saya rasa sangat OSEM!

" ukhuwah semanis puding caramel, dan sedamai gula-gula clorets perisa dark secret.."

mungkin saya boleh tambah lagi ukhuwah itu sekuat power root perisa madu extra strong!. Memang betul kata naqibah saya satu masa dulu!..ukhuwah yang sebenar-benarnya boleh membawa kita kepada Allah. Bila kita pegang ukhuwah tu betul-betul, ia akan jadi sangat luar biasa.

ukhuwah tu akan buat kita rasa happy teramat, tenang, kadang-kadang jadi pembakar semangat untuk kita dalam meniti hari-hari sehinggakan nama sahabat kita itu wajib ada dalam setiap doa yang dipanjatkan. Malah, kita akan menganggap dia lebih dari diri kita sendiri.Tapi kalau ukhuwah yg dibina tak ikhlas, selalu kita akan resah dan dia tu tidak ada makna dalam hidup kita. Sebab tu, pentingnya UKHUWAH FILLAH..ukhuwah yang dibina atas dasar semata-mata nak dapatkan keredhaan Allah. 

lagi osem bila sahabat ni buat kita rase dekat sgt dengan Allah. Bila pandang dan ingat dia, kita akan ingat Allah sekali. subhanallah!..Sebab itu,kita kena sentiasa muhasabah diri adakah kita telah menjadi sahabat yang boleh membawa sahabat kita yang lain mendekatkan diri kepada Allah. Bukan semua manusia boleh membawa kita dekat padaNya, so tengok balik atas dasar apa ukhuwah dibina. Oleh tu, kita dan sahabat kena bersama-sama sentiasa mengingatkan antara satu sama lain dengan niatkan selalu untuk mendapatkan keredhaanNya.

Percayalah, sangat tenang dan damai bila kita ada sahabat yang sangat menyanyangi, ambil berat, dan sentiase menasihati dan mengingatkan. Tapi, harus diingat, kita sendiri juga kena mulakan seperti itu..jadilah sahabat yang osem untuk sahabat kita..

Saya ada seorang sahabat yang selalu mengingatkan supaya kita jaga hubungan dengan Allah kalau nak Allah jaga hubungn kita. Setiap apa yang dikata ditambah lagi dengan kata-kata cinta dan sayang fillah, buat saya jadi sangat bersemangat untuk mempertingktkan diri dan berusaha keras untuk mencapai kemanisan cinta pada ALLAH sebab dia berusaha dan rase saya ni sangat tak bersyukur dan aib jika saya tak berusaha sekeras dia.

ukhuwah sebenar adalah ukhuwah yang berteraskan iman dan akidah, susah senang dihadapi bersama dengan satu matlamat untuk islam tertegak.

Jom buah hati semua tingkatkan diri, dan jadi sahabat yang OSEM & GOJES supaya kita dpt bertemu ditaman syurga kita~~~ l^____^l
~sangat rindu untuk berada di bulatan gembira~




No comments:

Post a Comment