Sunday 5 February 2012

...:{Checklist Diary Harian}:....


Assalamualaikum,

Hari ni nak ajak sesiapa sahaja yg sudi.. buat checlist seperti di bawah:
  1. Adakah aku solat setiap hari?
  2. Adakah aku pernah membiasakan solat sunat?
  3. Adakah aku pernah solat dhuha dan witir?
  4. Adakah aku sentiasa sempat solat berjamaah?
  5. Adakah aku pernah membaca Al-Quran setiap hari?
  6. Adakah aku berselawat ke atas nabi hari ini?
  7. Adakah aku menziarahi keluarga dan sahabat kerana Allah?
  8. Adakah aku membiasakan diri puasa sunat?
  9. Adakah aku menyeru ke arah kebaikan hari ini?
  10. Adakah aku berminat dengan bahan bacaan Islam?
  11. Adakah aku bergaul dengan orang soleh dan solehah?
  12. Adakah aku pernah menitiskan air mata bertaubat kerana dosa?
  13. Adakah aku aku bercita-cita mati pada jalan Allah?
  14. Adakah aku terfikir keaaan aku di dalam kubur?
  15. Adakah aku terikut hasutan syaitan ketika marah?
  16. Adakah aku selalu berfikir tentang kematianku?
  17. Adakah aku seorang yang selalu mungkir janji?
  18. Adakah aku aku selalu berbohong ketika bercakap?
  19. Adakah aku selalu mempersendakan hukum hakam Allah?
  20. Adakah aku menzalimi / membuli orang?
  21. Adakah aku seorang pengumpat?
  22. Adakah aku bersedia memaafkan kesalahan orang lain?
  23. Adakah aku beristighfar sekurang-kurangnya 70 kali sehari?
  24. Adakah aku rasa takbur dan riya' dengan kelebihanku?
  25. Adakah aku menjaga seluruh anggota daripada melakukan perkara maksiat?
  26. Adakah aku berwuduk sebelum tidur?
  27. Adakah aku mengamalkan doa-doa harian seperti makan dan lain-lain?
  28. Adakah aku berminat untuk solat tahajud malam ini?
  29. Adakah aku berusaha untuk menjadikan diriku lebih baik?
  30. Adakah aku berpakaian menurut Islam dan sunnah nabi?
  31. Adakah aku membuang waktu dengan sia-sia?
  32. Adakah aku orang yang banyak tidur, malas?
  33. Adakah aku mengamalkan zikir setiap hari ?
  34. Adakah aku menjaga maruah dan kehormatan diri?
  35. Setakat mana aku bersabar dalam menghadapi ujian yang diberikan oleh Allah?
  36. Sejauh manakah aku merasakan ketaqwaan kepada Allah?
Marilah kita tingkatkan diri dengan amalan seperti di atas, dan jauhkan sifat mazmumah yang berkaitan dengan persoalan di atas.
Persoalan di atas ditulis untuk mengingatkan diri kita tentang perkara yang seharusnya dilakukan oleh hamba Allah di atas muka bumi ini. Mudah-mudahan aktiviti harian yang dilakukan oleh kita diberkati oleh Allah.
Setelah kita buat cheklist ini.. jawablah soalan.. ADAKAH KITA LAYAK DIPANGGIL OLEH ALLAH sebagai " WAHAI HAMBAKU"..

~credit to AIN ....

No comments:

Post a Comment