Friday 8 June 2012

B.i.L.a H.a.T.i B.e.R.B.i.S.i.K

Rindunya sy pd TSK...
Stiap minggu kt btemu.. tpi, bila da bebrapa mgu x bertemu.. Hati mula berbisik, "ya Allah, rindunya sy pd akhawat smua.." (kalian?) heee
Macam2 yg da kt lalui bsama dlm medan dakwah ini.. (walaupun msih mentah sebenarnya..=)) lbh2 lg kenangan sem ni.. sem terakhir buat murabbiah kesygn kt.. T_T huk2 *cool
Lpas ni mode wat praktikal.. kpd yg dpt bct pnjg, tahniah! wah..

maaf atas salah silap... syg awk smua... -amat, ummi, qatrun, dijah, abel, asma' jamali, kak dila, putri, ummu..

Tq Amat untk sgala2nya..



*mengambil sdkit masa utk melafazkan kalimat2 cinta buat sahabat TSK smua..(hehe, esk last paper sy)

Friday 2 March 2012


>>CARA MUDAH MENGINGATI ALLAH

~..Tersepak batu,"Ya Allah!",
~
..Tengok rama-rama cantik,"Subhanallah!"
~
..Bangun tidur pada waktu pagi,"Lailahaillallah.."
~
..Hendak suap makanan ke dalam mulut, "Bismillah..."
~
..Ketika sakit "Astaghfirullah..."
~
..Mendengar perkara yang tidak disukai,"Lahaulawalaquwataillah billahila'liyila'zim...."
~
..Mendengar ada orang yang ditimpa musibah, "Inalillahiwainalillahirojiun"



Sunday 26 February 2012

DID U GET A BILL FROM ALLAH s.w.t??




Do not disappear from Allaah’s mercy, always ask for forgiveness if u do any wrong...

Thursday 23 February 2012

awak cantik~~ l^_^l


        semua orang lihat cermin hari-hari. bangun pagi cermin, tengahari lps makan nak betulkan tudung yg dah moret-moret tgk cermin,bukak boxpensil amek cermin kecik, tgk make-up cair x sebab klas sampai petang..see,cermin lagi. cermin oh cermin!!..bertuah sungguh hari-hari orang cari dia.

         kalau citer pasal cermin, mesti akan berkait dgn perempuan.al-mar'ah. cermin gop...ish3. bile cermin ada depan mata mesti ade je luahan hati seorang perempuan yang bermonolog : " aku tak cantiklah, jerawat da la byk, hidung plak xmancung, besar lagi ade,bulu mata xlentik..kulit tak putih..emm"...nah! mengeluh..manusia! mmg xakan pernah berasa syukur dgn apa yg ada. kutuk lg ade.. kalau 100kali tgk cermin hari2 100 kali jgklah dia cakap gitu..mmg xkan cantiklah awak..kata-kata itu juga satu doa..
    
   so, kalo tgk cermin katalah : "cantiknya saya"...hati akn  rasa happy & menguntumlah senyuman dibibir..once again, seee~~~~tgk cermin jew bleh dpt pahala satu dah..nak tambah pahala ag & nak rasa syukur tu.. bace la doa sebelum tgk cermin.plus pahala lagi..Ya Allah,pemurah nya Allah S.W.T...meh saya nak kongsi doa..

"Allahumma kama hassanta khalqi fahassin khuluqi"
 
         Bila baca doa, hati akan jadi senang, tgk muka kat cermin rasa lawa dan cantik jew wajah kita..xcaye try!. klo xrase gitu mst baca doa xsungguh2..doa tapi duk pikir benda lain. cmne Allah nak bagi..btul tak?.

          jangan rasa rendah diri dengan penampilan kita. kita semua cantik cuma Allah letakkan kecantikan pada kita semua dalam bentuk dan keadaan yang berbeza-beza. boring jgk klo Allah ciptakan kite semua dgn kecantikan yang sama..hilanglah keunikan da keistimewaan kita tu nnt. kan kan... mungkin A kata B cantik tapi C kata B biasa2 jew... cantik tu kan subjective..percaya pada diri dan yakin dgn apa yang ada pada kita. Allah jgk tak kan menciptakan manusia itu sia-sia..setiap apa yang diciptakan datang dengan amanah. maksudnya bila Allah kurniakan kecantikan pada seseorang itu, mesti Allah beri juga amanah pada dia iaitu amanah utk menjaga kehormatan diri.

          Bila cantik,semua orang nak pandang,betul tak?..benda-benda cantik mmg orang suka nak tenung. lagi-lagi kaum lelaki. so, tanggungjawab dia utk menjaga diri..kaum wanita yang bertakwa akan sentiase berjaga-jaga dlm menjaga kehormatan diri. aurat fulltime akn dijaga, pandangan akan fulltime menyekat dr anasir2 jahat.zikir akan ade sebagai pendinding diri.automatically, dia akn sentiase rase dekat dgn Allah.

       Bagi yang rase dia tak cantik (tapi sebenarnya dia cantik,cuma terlalu rendah diri) xleh nak wat ape lah...kaum wanita yang bertakwa akan sentiasa bersyukur dgn nikmat yang diberi..dia takkan rase menyesal dgn ciptaan yang Allah dah beri pada dia.bila rase rendah diri, akan basah lidah berzikir pada Nya untuk menguatkan hati. Bila rasa down rase dia tak comel ( dia comel sebnrnya,ngada2 kata tak comel) automatically, quran akan didekati dia akn sentiase dekat dengan Allah...once again,seee~~~ cantiknya aturan Allah..Subhanallah!...Sungguh! Allah itu maha adil fi kulli hal. dlm benda2 kecil pun Allah tu akn berlaku adil.  Nikmatnya menjadi seorang muslim.


          Nak tekankan sekali lagi..kita semua cantik!!...hidung,mata,telinga,mulut,gigi semua ada..lengkap. apa lagi yang kita nak. belajar belajarlah bersyukur ye!. 

  dont feel stress just because of things that you!! yourselves are not clear about..always believe tht you are the most beautiful woman in the WORLD!..because i believe! so, you must do the same..

Nak share satu lagu dari zain bikha yang sgt OSEM..

You are very special
There' s no one just like you
created by the Master
 Allah creaeted you

You are very special
Exclusively designed,
You are very special,
And i am so glad you are mine

You are made by Allah,
He fashioned your heart,
You are made by Allah,
He knew you from the start,
You are made by Allah,
Unique in all your ways,
You are made by Allah,
To praise him all  your days

Bright little eyes He gave you
To help you find your way
May Allah grant them wisdom
To see you through each day
You are very special
There is only one of you
You are very special
and remember I LOVE YOU..
l^_^l



        


Monday 20 February 2012

~SEBUAH PERTEMUAN~

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Bismillahirahmanirahim…

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Saya mulakan penulisan buat kali pertama diruangan ini. Pertama-tamanya dan selama-lamanya ingin saya panjatkan syukur pada Al-Khalid(Maha Pencipta) di atas nikmat yang tidak terhingga ini iaitu nikmat hidup sebagai seorang muslim, nikmat islam dan nikmat iman.

“…Mulianya kita kerana mengamalkan islam dalam hidup dan hinanya diri kita kerana meninggalkan islam…”



Pertama kali saya membaca nama blog ini [tamansyurgakita], terasa begitu rapat  sekali ukhwah yang terbina ini, bagai tiada jurang yang boleh menghalang hubungan ini. Benarlah kata2 itu, jika ukhwah yang terjalin ini kerana ingin mendapat redha Allah maka kita akan terasa kemanisannya,,,bagaikan semanis gula atau mungkin lebih manis dari itu.

“…Ya Allah, ikhlaskan hati ini dan hati-hati mereka tika berada dijalan dakwahMU…”


Bila mana saya membaca tagline blog ini, terlintas dikepala  kata-kata yang pernah diutarakan oleh kedua ibu bapa saya. Kata mereka,,, “Kita ni, kalau nak buat baik jangan buat sorang2. Emm,ajah suka nanti duduk syurga sorang2??tak ada ummi, walid, adik-beradik, dan kawan2. Lantas kepala digelengkan tanda tidak suka. Maka sebab itu bila kita buat baik, jangan lupa berdoa kepada Allah agar Allah melembutkan hati orang lain dan moga-moga mereka juga ingin berbuat baik sebab syurga itu kan untuk kita semua..” :-)


Baru-baru ini, saya agak sibuk membelek-belek kalendar dan sempat melihat planner saya sepanjang sem  ini, fuh!!!kadang-kadang terasa sibuk mengalahkan pm Malaysia. hehe. Tiba-tiba mata dah terpandang sesuatu seraya otak mula berputar mengingat kembali setiap aktiviti yang dijalankan dan serta-merta satu senyuman mula tersimpul. Telah lebih sebulan Youth Outdoor Quest(YOQ ’12) berlalu namun kadang-kala memori itu masih segar dalam ingatan saya. Mungkin juga sahabat-sahabat yang lain merasai perkara yang sama.


Saya akui setiap aktiviti yang dijalankan benar-benar menguji tahap kesihatan fizikal dan juga tahap kemantapan mental para peserta. Aktiviti pertama kami diberi nama ‘amazing race’, 10 jam tanpa henti.Saat mendengar penerangan daripada ketua fasi, terasa macam nak tarik diri.

   “… Ya Allah,,,mampukah aku untuk semua ini…”


Checkpoint pertama, kumpulan saya diberi satu task iaitu teka silang kata. Emm, soalan yang diajukan adalah berkaitan dengan sirah sesuai dengan temanya yang diberi nama [YOQ’ 12 ; menjunjung sirah membumi ibrah]. Ada soalan yang boleh dijawab dan ada yang terpaksa saya dan lain tinggalkan kosong buat sementara. Suasana senyap seketika, masing2 cuba berfikir akan jawapannya dan saya, perasaan saya ketika itu terasa malu dan sedih, sangat malu kepada Ilahi, malu kepada pesuruh Allah, malu kepada semua, sangat sedih dengan keaadan yang menimpa diri. Kadang-kadang diri mengaku mencintai Rasulullah tapi apa yang sudah saya lakukan untuk buktikan rasa cinta itu,,, sirah tentangnya pun tak berapa nak ingat,bak kata orang putih- fail…Berfikir sejenak…..


“…Ya Allah, janganlah Engkau palingkan hati ini dan hati-hati mereka sesudah Engkau memberi hidayah kepada kami…”




Kira-kira jam 6petang, aktiviti amazing race sampai ke penghujungnya yang mana saya dan lain telah berkumpul di masjid amaniah. Seusai selesai solat isyak berjemaah kami diminta berkumpul untuk aktiviti seterusnya iaitu setiap kumpulan dikehendaki menceritakan apa yang dilakukan sepanjang amazing race ini. Rata-rata dari mereka menceritakan task di masjid India yang paling mencabar. Mana tidaknya, saya dan yang lain diminta untuk mempromosikan Rasulullah s.a.w sebagai role model dalam hidup. Di depan khayalak ramai, masing2 bersungguh-sungguh melaksanakan tugasan itu. Terasa menonton Law Ka na Bainana secara live. Disaat kumpulan saya melakukan tugasan ini, ada pandangan yang menjengkelkan beserta senyuman sinis namun tidak kurang juga yang memberi kata semangat.


Selesai tugasan ini, akak itu ada bertanya, “apa perassan kalian tika diajukan tugasan ini?? teruja @ malu @ geram???” ,Ye,,, sejujurnya saya malu tapi saya juga sedar bahawa malu yang saya miliki saat itu adalah tidak bertempat, masakan boleh katakan cinta pada rasulullah tapi suruh sebarkan dakwah, malu. Ramai sahabat yang miliki perasaan malu ketika itu, malu jika ditertawakan, malu apabila diperhatikan orang sekeliling, malu jika apa yang dilakukan tidak berjaya.

 Kemudian sambung akak itu lagi, “Kenapa harus malu kepada perkara kebaikkan?
Kita bukan buat perkara terlarang dan satu lagi, jangan cepat melatah dengan pandangan sekeliling.  Jika dibandingkan dengan dakwah yang dilakukan rasulullah s.a.w, seksaan yang nabi kita terima daripada kaum Quraisy  jauh lebih teruk dari apa yang kita rasai sekarang.


“...Ya Allah, ampunkan dosaku dan dosa mereka semua…”   


Setiap akitiviti yang dijalankan mempunyai objektifnya yang tersendiri. Sebelum ini sempat saya membaca blog beberapa sahabat2 yang lain. Kebanyakkan mereka bercerita tentang aktiviti yang menarik hati mereka dan saya juga merasainya. Aktiviti War Games bagaikan menduduki tempat kedua dalam carta hati setiap peserta yang hadir. Ia menguji kami semua untuk bekerja dalam satu pasukan, pasukan kaum muslimin yang bakal ditentang oleh golongan kafir. Apabila bekerja dalam pasukan, masing-masing begitu teruja untuk berkongsi idea. Subhanallah, idea2 mereka amatlah mantop sekali. Terasa diri ini tidak pantas untuk bersahabat dengan mereka. Mereka semua ini hebat orangnya, terasa naïf bila duduk dengan mereka kerana saya sedar bahawa saya  tidak menyumbangkan apa2 idea pun, sekadar memerhati dan mendengar setiap patah bicara yang mereka keluarkan.

Alhamdulillah semua aktiviti ini banyak memberi pengajaran dan pengalaman yang berharga buat diri ini, yang tidak boleh  dijual beli oleh wang. Insya allah akan saya cuba aplikasikan apa yang telah dikutip sepanjang YOQ’ 12 ini berlangsung. Dengan itu ingin saya berkongsi resolusi yang telah disepakati oleh semua peserta: 

                                                                                    I.    Hadir dan berusaha mengajak kawan-kawan dalam menghadiri program2 tarbiyyah.

        II.   Beristiqamah dalam melakukan sunnah rasulullah seperti selawat, infak, puasa sunat, 
solat sunat dan baca Al-Quran.

                                                                              III.  Meningkatkan imu pengetahuan tentang sirah rasulullah s.a.w

                                        IV.   Memastikan ukhwah setiap peserta berterusan; ukhwah teras kegemilangan ummah.  



Kepada para organisasi program ini samada yang terlibat secara langsung @ tidak, saya ucapkan sekalung tahniah buat anda semua. Anda sememangnya OSEM!!!!(^_^)







Thursday 16 February 2012

Iqra', bacalah.. Al-Kahfi (^__-)



~esok kn hari Jumaat, jom kita bca surah Al-Kahfi..
✿jganlah malas mmbaca.. hehe ..Iqra' bismirabbikallazi khalaq.. (^__-)



Rindu Mak Ayah!


Salah satu pesanan Lukmanul Hakim iaitu sahabat Nabi yang alim dan bijak berfalsafah pada anak-anaknya :

"Wahai anakku, seandainya ibu bapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibu bapamu itu adalah bagaikan baja untuk tanam-tanaman"