Tuesday 31 January 2012

menangislah~~

kadang-kadang, secara tiba-tiba saje hati akan rase nak menangis dan air mata keluar tanpa sedar dan tanpa sebab..mencari-cari apakah puncanya..?????. lost~~. mungkin itu salah satu teguran dari tuhan kerana kelalaian yang tidak disedari.mungkin juga disedari tetapi tidak diambil kisah. ini semua akibat syaitan yang sudah menguasai diri. Perisai yg ada tidak cukup kuat kerana iman yang lemah longlai.

"takabbur,riak,ujub,bangga diri,hasad dengki,buruk sangka,lalai, suka buang masa,.." hebat sangat kew diri tu!!. engkau bukan siapa pun kalau bukan Allah yang memberi akal,hidayah & nikmat. Semua itu harus disyukuri dengan penuh rendah hati bukan bangga diri. Hati yang disangka suci rupa-rupanya masih berbaki kotor, sikap yang disangka sudah diubah rupa-rupanya masih dibelenggu angan-angan syaitan..

Jangan jemu untuk mengingatkan tentang penyakit-penyakit hati ini..suka untuk mengingatkan dan sentiasa ingat kerana sungguh penyakit ini memang MEMBUNUH secara kejam!. Sungguh benci dengan penyakit-penyakit ini kerana setiap saat mereka datang membuat cubaan membunuh terhadap diri..hati dan iman yang solid perlu ada untuk berperang.

Jika kalah dalam pertempuran, cepat-cepat ingat pada pencipta Allah S.W.T..kembali padaNya semula jika kita masih ada rasa perasaan sebagai hamba. Bersyukurlah jika hati dipukul dan dijentik dengan ketukan kesedaran sebagai peringatan awal sebelum diri ajal tiba. Tanda Allah masih sangat  sayang dan tidak ingin kita sebagai hamba yang dipilih & diberi hidayah membawa ajaran agamaNya dijalan tarbiyah  ini sesat dan terkeluar dari landasan yang sepatutnya..

SUJUD & MUHASABAH sedalam-dalamnya.


MENANGISLAH sepuas-puasnya!!..jika itu mampu membuat diri benci dengan dosa yang sudah dilakukan dan membuat diri takut dengan siksaan dan kemurkaan tuhan..keluarkan lah air mata mu supaya diri bertambah rasa hina pada Pencipta Allah S.W.T..air mata orang yang menyesali perbuatan jahatnya dan sentiase bertaubat paling disukai Allah S.W.T..menangislah & menangislah...sungguh! teguran dari sahabat,adik,keluarga &  mereka yang disekeliling amat perlu untuk mengetuk hati yang sikit demi sedikit sedang terkoyak. cepat-cepatlah jahit dan kilatkan. jangan ditunggu lama-lama... setiap teguran harus diambil dengan hati yang terbuka dan berlapang dada. Beruntunglah jika masih ditegur oleh Allah dan tidak dibiarkan kita terus terusan disalut dosa. Berterima kasihlah padaNya untuk ujian yang diberi samaada dlm bentuk kesedihan,kegembiraan,susah & senang.. ALHAMDULILLAH SYUKUR YA ALLAH~~~~

Sunday 29 January 2012

PUISI TARBIYYAH

                                     
                                                  Tarbiyyah adalah kekuatan yang mampu
                                                         Mengubah duri menjadi mawar
                                                         Mengubah cuka menjadi anggur
                                                        Mengubah malang menjadi untung
                                                          Mengubah sedih menjadi riang
                                                          Mengubah setan menjadi nabi
                                                        Mengubah iblis menjadi malaikat
                                                          Mengubah sakit menjadi sihat
                                                    Mengubah bakhil menjadi dermawan
                                                      Mengubah kandang menjadi taman
                                                      Mengubah amarah menjadi ramah
                                                        Mengubah penjara menjadi istana
                                                     Mengubah musibah menjadi muhibbah
                                                                       itulah tarbiyah.....

(diadaptasi daripada puisi oleh Ar-Rumi yang dideklamasikan oleh Ayyatul Husna dalam filem Ketika Cinta Bertasbih)

      ~~~~sekadar meminjam kata-kata diatas.dalam filem ia adlah cinta,jadi kita tukar dengan tarbiyah~~

                               Tarbiyyah mampu membawa kita menjadi Mukmin yang sejati..
                                        Membentuk individu muslim yang yang cemerlang
                             Menjadikan kita berperibadi mulia dengan akhlak Rasullulah S.A.W
                         
                                   Tetapi sekadar angan-angan dan cita-cita tidak mencukupi
                                               harus dimulakan dengan DIRI SENDIRI..
                                                               kita perlu berHIJRAH..
                                                 lakukan perubahan sedikit demi sedikit
             Dengan bantuan Naqibah, Bi'ah yang solehah,& sahabat yang sentiase nasihat-menasihati
                                                   Masih ingat lagi 10 muwassofat???
                                                              Jom kita praktikkan..

Friday 27 January 2012

♥ Perkongsian -Khutbah Jumaat (27 Jan 2012)♥


Gmbr diatas :Umar Farouq bin Morhalim (sedap kn nama ni??)

"GENERASI MUDA HARAPAN AGAMA"
Khutbah Jumaat - 27 Januari 2012

*isi2 penting :-
1st -hndaklah mmahami Islam itu scara mnyeluruh (syumul) berpndukn al-Quran n as-Sunnah .

2nd -hndaklah beramal dgan Islam iaitu dgn mnympaiknnya ilmu yg ditimbanya kpda sgenap mnusia.

3rd -hndaklah kita menyeru ummah dgn mngajak melakukn kbaikan n mlarang mreka dripda mlakukan kmungkaran..x cukup skadar kita je soleh/solehah, ttpi mngabaikan usaha dkwah n jihad. 

4th -hndaklah mngikat hidup dgn sntiasa brjemaah.(e.g:solat 5 wktu berjmaah bersama ,insyaAllah nnti boleh kberkatan dan kekuatan Islam terserlah)





*Jom contohi pmuda /pemudi Islam + hebat di zaman Rasulullah saw...
( e.g Pemuda Kahfi, Zaid Harithah, Ali Abi Talib, Jaafar Abi Talib, Mus’ab Umair, Usamah Zaid, dan Bilal Rabah)
(e.g Khadijah , Aisyah , Al-Khansa bin Amru ,Fatimah r.a. ,Zinnirah , Rabiatul Adawiyah  , Masyitah ,Ummu Habibah )

~.::KeiKhLaSaN::.~

x smua yg kita ingin mmpu kita perolehi sbgaimana x smua yg kita perolehi adlh yg kta inginkn..kadang2 smakin jauh nk cuba lari dgn mnyelesaikan msalah, smakin dkat "ia" nk dtg mnghampiri kita…

~conclusion: ingatlah…Yg mnulis ujian atsmu adlh Yg mnulis nikmat utkmu..








‎~Keikhlasan seumpama seekor semut hitam dia atas batu hitam di malam yang amat kelam, ianya wujud tapi amat sukar dilihat. Jangan tertipu dengan terangnya bulan kerana di sebalik terang itu banyak kegelapannya....AYUH KITA SEMUA "IKHLASKN " HATI kerana Allah s.w.t...

♥ dri mutiara kata <<laman nurani

~aku ingin mencintaiMU~


thanx to fatimah abas coz bg tajuk lagu ni..=)



Aku Ingin Mencintai-Mu

Album : Muhasabah cinta
Munsyid : Edcouctic
http://liriknasyid.com


Tuhan betapa aku malu atas semua yang Kau beri padahal diriku terlalu sering membuatMU kecewa
entah mungkin karna ku terlena sementara Engkau beri aku kesempatan berulang kali agar aku kembali
dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghambakanMU
betapa tak ada apa-apanya aku dihadapanMU
reff:aku ingin mencintaiMU
setulusnya,sebenar-benar aku cinta
dalam do'a dalam ucapan dalam setiap langkahku
aku ingin mendekatiMU selamanya
sehina apapun diriku
kuberharap untuk bertemu denganMU ya Rabbi


-------<@ ^_^


Thursday 26 January 2012

ukhuwah yang dirindui~~


Dalam meniti hari-hari cuti ni, terlintas selalu wajah-wajah damai sahabat-sahabat.Terkadang bergenang mutiara mengenang keakraban dan senda gurau yang pernah diukir. Tambah-tambah lepas sahaja habis YOQ12. Betapa rindu ingin memeluk dan memegang erat tangan bersama-sama berjalan dijalan tarbiyah dan dakwah. Manisnya ukhuwah yang dibina fillah ni, kadang tak terganggung betapa manisnya..sekadar meminjam kata-kata seorang sahabat yang saya rasa sangat OSEM!

" ukhuwah semanis puding caramel, dan sedamai gula-gula clorets perisa dark secret.."

mungkin saya boleh tambah lagi ukhuwah itu sekuat power root perisa madu extra strong!. Memang betul kata naqibah saya satu masa dulu!..ukhuwah yang sebenar-benarnya boleh membawa kita kepada Allah. Bila kita pegang ukhuwah tu betul-betul, ia akan jadi sangat luar biasa.

ukhuwah tu akan buat kita rasa happy teramat, tenang, kadang-kadang jadi pembakar semangat untuk kita dalam meniti hari-hari sehinggakan nama sahabat kita itu wajib ada dalam setiap doa yang dipanjatkan. Malah, kita akan menganggap dia lebih dari diri kita sendiri.Tapi kalau ukhuwah yg dibina tak ikhlas, selalu kita akan resah dan dia tu tidak ada makna dalam hidup kita. Sebab tu, pentingnya UKHUWAH FILLAH..ukhuwah yang dibina atas dasar semata-mata nak dapatkan keredhaan Allah. 

lagi osem bila sahabat ni buat kita rase dekat sgt dengan Allah. Bila pandang dan ingat dia, kita akan ingat Allah sekali. subhanallah!..Sebab itu,kita kena sentiasa muhasabah diri adakah kita telah menjadi sahabat yang boleh membawa sahabat kita yang lain mendekatkan diri kepada Allah. Bukan semua manusia boleh membawa kita dekat padaNya, so tengok balik atas dasar apa ukhuwah dibina. Oleh tu, kita dan sahabat kena bersama-sama sentiasa mengingatkan antara satu sama lain dengan niatkan selalu untuk mendapatkan keredhaanNya.

Percayalah, sangat tenang dan damai bila kita ada sahabat yang sangat menyanyangi, ambil berat, dan sentiase menasihati dan mengingatkan. Tapi, harus diingat, kita sendiri juga kena mulakan seperti itu..jadilah sahabat yang osem untuk sahabat kita..

Saya ada seorang sahabat yang selalu mengingatkan supaya kita jaga hubungan dengan Allah kalau nak Allah jaga hubungn kita. Setiap apa yang dikata ditambah lagi dengan kata-kata cinta dan sayang fillah, buat saya jadi sangat bersemangat untuk mempertingktkan diri dan berusaha keras untuk mencapai kemanisan cinta pada ALLAH sebab dia berusaha dan rase saya ni sangat tak bersyukur dan aib jika saya tak berusaha sekeras dia.

ukhuwah sebenar adalah ukhuwah yang berteraskan iman dan akidah, susah senang dihadapi bersama dengan satu matlamat untuk islam tertegak.

Jom buah hati semua tingkatkan diri, dan jadi sahabat yang OSEM & GOJES supaya kita dpt bertemu ditaman syurga kita~~~ l^____^l
~sangat rindu untuk berada di bulatan gembira~




Wednesday 25 January 2012

mengimbau kenangan yg lpas ʘ‿ʘ



ingt lagi x prgram ni??
-tarikh :Ahad, 30hb Oktober 2011
-program : Sisters Bonding Day!
-tmpat :Netball Court, Female Sports Complex
-wktu :7.30am - 11.00am


¯˜"*°•♥•°*"˜¯`QUIZ ISLAM ´¯˜"*°•♥•°*"˜¯`
------------------------------
----------------------------
1)Dalam pertempuran apakah bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w (Hamzah ) terbunuh?


A.Perang Badar
B.Perang Ahzab 
C.Perang Uhud


Tuesday 24 January 2012

...DOA RABITAH ....doa buat sahabat2,,,kekuatan ukhuwah kerana ALLAH..

 
persahabatan tak kenal rupa, hanya hati yang mengikatnya

InsyaAllah,ukhti2 ku sekalian,jgn lupa ye amalkan membaca doa Rabitah sbgai pengikat hati kita dgn membayangkan wajah2 sahabat yang kita sayangi. 
  • Moga ingatan melalui doa merapatkan perhubungan sesama sahabat.
  • Moga Allah memberkati hidup kita dan menemukan kita dengan sahabat sejati yang boleh trus menegur kita jika kita melakukan kesalahan dan berada bersama kita sntiasa..;)
Semoga kita semua tergolong dalam golongan mereka2 yang beriman dan soleh. Mohon doakan kejayaan saya dan kawan2 serta kita semua didunia dan diakhirat. Amiin.

~★★★   I  ♥ T.A.M.A.N  S.Y.U.R.G.A  K.I.T.A   ★★★

.::TaRbiYYaH yg DiRiNdUi ::.

 Perkongsian bersama 
(JOM ULANGKAJI !!)-15 September 2011


  • Teringat Naqibah yg disayangi pernah ckp :-  
 =>"UKHUWAH ISLAMIAH @(persaudaraan Islam) adalah salah 1 dari 3 unsur yang menjadi kekuatan seorang Muslim , iaitu
1)pertama,kekuatan iman dan aqidah ;

2)kedua, kekuatan ukhuwah dan ikatan hati ; dan
3)ketiga, kekuatan kepemimpinan dan senjata ;

*Semoga Allah menjadikan kita saling berUKHUWAH kerana-Nya.
~★★★ I  ♥ T.A.M.A.N  S.Y.U.R.G.A  K.I.T.A★★★ 



Monday 23 January 2012

Cuba

Assalamu'alaikum.
I can't seem to generate ideas for now, maybe because of some kind of fear since I know this page will have readers, or maybe because I'm plain scared. And I don't know if this kind of writing is allowed here, but I rummaged through the stuffs I have in my laptop (which I wrote some time before, is this called cheating? hehe) and I found this one,  I thought I'd share. Bismillahirrahmanirrahim.

---
The girl was in her white cotton dress with tiny patterns on the chest, pleated skirt; a dress of soft texture though it was a bit worn. Up and down the stairs she skipped many times; for once ignoring her mother’s constant badger. Her long hazel-coloured hair, straight at the top part and wavy on the bottom, fluttered and bounced around her, rejoicing her joyous mood as she sang ‘enchanted’ in low tone to herself.

‘For goodness sake, leave the house if you’re so happy, and skip all your might out there!’ The mother said, exasperated.

The girl, Hailey was her name, rounded her eyes at the words. ‘You mean all by myself?’ She was five. Going out in the mountains alone was always a no, no matter how much she begged.

‘Just nearby, please.’

Hailey giggled. ‘Okay ma!’

* ** *
Her mother shook her head. Letting the girl out alone meant trouble. She wouldn’t know the meaning of ‘nearby’.

‘Sara!’ She called out for the bigger sister.

* ** *
Hailey had her veil on, white as well. She looked like a spot of snow among the greens. Sharply, she sucked in deep the air of nature all her might. It was beautiful. She giggled as her feet took her further up the grassy mountain, and she kept going until she knew nothing of her surroundings. It felt strange and somehow creepy, but somehow comforting as well. Upon encountering a very big old oak tree, she decided to make it her port. Her feet were bare, purposely. Slumping onto the ground under the shady leaves of one of the branches, she folded her legs.

Suddenly, a figure approaching stiffly from far made her stood up again in fear. Sara.

‘You’re one difficult girl. Didn’t ma tell you to stay near? She’s always worried sick because of you.’ Sara said strictly when she was close enough to where Hailey was standing. Hailey made it palpable that she wouldn’t want to argue.

‘And why on earth didn’t you wear your shoes?’ Sara went on rambling.

‘Can you just stop talking? I’m tired of being scolded. How about we leave the prim and proper normalities, and be happy instead? Just for today. Huh?’ Hailey suggested keenly with a smile. For a five year old, she sure could talk.

Sara heaved a long sigh.

Hailey lifted her brows again. ‘I brought my book. Let’s tasmi’ together?’

Tempting, Sara thought. She gave the idea some hesitation and tolerance. Finally, she grinned. ‘Race you to the top?’

Hailey screamed in laughter. ‘Yeah!’

They both scrambled up the humongous old tree, branch after branch until Sara said stop.

The view was breathtaking. It was not breathtaking in metaphor, like some would say. It was as true as possible. The trees were so green, the hills and mountains spread wide, and like a sweep, the flawless painting of Allah pushed away all other thoughts of the world from the two kids’ minds.

‘It’s too pretty.’ Hailey whispered.

Sara shook her head. ‘Pretty’s not the word.’

Hailey turned to her sister. ‘Then what’s the word?’

Sara remained silent, racking her brain. Hailey laughed out loud. ‘Just give up. It’s too pretty.’

Sara smiled. ‘Fine.’

Hailey took out ‘the book’ from the pocket of her dress. It was her beloved holy Quran. Sara took it from her hold and turned the page to the 30th juz.

‘Start.’

The two made themselves comfortable on their respective branches, and Hailey started reciting an Naba’ with her best intonation. Her voice echoed throughout the mountains, like a calling to embrace islam tightly, never letting it go even once because islam is beautiful, and because Allah is the Most Beautiful, and Allah loves His creatures.



---
Sorry for all weaknesses.
Sayang kamu-kamu, tak tipu  :)

NaFaS Baru

bismillahirrahmanirrahim.
 alhhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.
kerana ALLAH kita bersatu dan 
krn ALLAH juga kita menyemai benih2 kasih syg di jalan dakwah ini

Penglaman selama 4hari 3malam, 
Youth Outdoor Quest 2012 ( YOQ'12)
-menjunjung sirah membumikan ibrah-

macm2 aktiviti ada. untuk rohani, jasad. yg menguji ketahanan mental dan fizikal,
 dpt kenal ramai akhawat2 yg osem, dan yg paling penting
progm ni mampu mengetuk pintu kesedaranku sekuat2nya,
progm ni byk menekankan soal sirah Rasulullah S.A.W.

antra slot yg byk memberi impak maksima:
AMAZING KL RACE
time ni kami kene promote tentang Rasulullah kpd org ramai di MASJID INDIA..
Mula2 agak segan nak approach org.. maklumlah, kene wat sesuatu yg dpt attract org ramai supaya diorg berhenti. tpi, bila dah ramai2 ok je sebenrnya. =)

WAR GAMES
kononya, ni kaum musyrikin yg sedg bbincang strategi nak cube mgangu pjalann org2 Islam di mekah yg nak bhijrah ke kota madinah. Time ni, segala ilmu tentang sirah nabi sgt sgt diperlukan untuk merancang strategi org2 Islam.....

TAPI,,,,,
apa je sirah Rasulullah yg saya tahu?
apa sunnah Rasulullah yg sy amalkan dlm hdp saya?
umur dah 22thun, tpi, apa yg dah sy lakukan dgn umur ini?
bermanfaatkah? berbaloikah?
hmmm, seribu satu persoalan timbul,
 bagaikan 'machine gun' yg melepaskn tembakan bertubi-tubi tepat ke arah jantungku..

selama ni sy mengaku mencintai ALLAH dan Rasul-NYA..
walau apapun, masih belum tlambat untuk berubah.
YOQ'12 telah memberi impak yg besar pd diri.
tamatnya YOQ bererti bermulalah nafas baru dlm hidp ini..=)
Nafas baru untuk meneruskan misi yg selama ini tdk dsedari akan kewujudannya.

inshaALLAH
jom kt cube sdaya upaya sy untuk membaca, menyelusuri, mendalami sirah  dan mengamalkan sunnah Rasulullah S.A.W..

Marilah kt bsama2 sahabat2ku.
kerana jalan dakwah ini masih terlalu panjang..

-------<@ ^_^

Sunday 22 January 2012

muqaddimah

dengan lafaz suci
Bismillahirrahmanirrahaim

kita merasmikan pembukaan blog TamanSyurgaKita.
dari duduk2 kita dipetang selasa
kita kembangkan segala ilmu dan buah fikiran kita
dan kini
kita kongsikan pada dunia

mungkin tak semua orang hebat berdebat berbicara
tapi semua orang ada idea ada benda nak dikongsi nak dikata
maka,
inilah medan kita

saban petang kita mengasah akal dan pemikiran
membentuk peribadi dan membina jiwa
mahu menjadi hambaNya yang berguna
kini, dengan segala nikmat kurniaanNya
mari kita kongsikan pada semua

ini salah satu usaha
untuk jadi manusia berguna
pada masyarakat 
untuk Islam Deen tercinta.

selamat berusaha!