Tuesday, 31 January 2012

menangislah~~

kadang-kadang, secara tiba-tiba saje hati akan rase nak menangis dan air mata keluar tanpa sedar dan tanpa sebab..mencari-cari apakah puncanya..?????. lost~~. mungkin itu salah satu teguran dari tuhan kerana kelalaian yang tidak disedari.mungkin juga disedari tetapi tidak diambil kisah. ini semua akibat syaitan yang sudah menguasai diri. Perisai yg ada tidak cukup kuat kerana iman yang lemah longlai.

"takabbur,riak,ujub,bangga diri,hasad dengki,buruk sangka,lalai, suka buang masa,.." hebat sangat kew diri tu!!. engkau bukan siapa pun kalau bukan Allah yang memberi akal,hidayah & nikmat. Semua itu harus disyukuri dengan penuh rendah hati bukan bangga diri. Hati yang disangka suci rupa-rupanya masih berbaki kotor, sikap yang disangka sudah diubah rupa-rupanya masih dibelenggu angan-angan syaitan..

Jangan jemu untuk mengingatkan tentang penyakit-penyakit hati ini..suka untuk mengingatkan dan sentiasa ingat kerana sungguh penyakit ini memang MEMBUNUH secara kejam!. Sungguh benci dengan penyakit-penyakit ini kerana setiap saat mereka datang membuat cubaan membunuh terhadap diri..hati dan iman yang solid perlu ada untuk berperang.

Jika kalah dalam pertempuran, cepat-cepat ingat pada pencipta Allah S.W.T..kembali padaNya semula jika kita masih ada rasa perasaan sebagai hamba. Bersyukurlah jika hati dipukul dan dijentik dengan ketukan kesedaran sebagai peringatan awal sebelum diri ajal tiba. Tanda Allah masih sangat  sayang dan tidak ingin kita sebagai hamba yang dipilih & diberi hidayah membawa ajaran agamaNya dijalan tarbiyah  ini sesat dan terkeluar dari landasan yang sepatutnya..

SUJUD & MUHASABAH sedalam-dalamnya.


MENANGISLAH sepuas-puasnya!!..jika itu mampu membuat diri benci dengan dosa yang sudah dilakukan dan membuat diri takut dengan siksaan dan kemurkaan tuhan..keluarkan lah air mata mu supaya diri bertambah rasa hina pada Pencipta Allah S.W.T..air mata orang yang menyesali perbuatan jahatnya dan sentiase bertaubat paling disukai Allah S.W.T..menangislah & menangislah...sungguh! teguran dari sahabat,adik,keluarga &  mereka yang disekeliling amat perlu untuk mengetuk hati yang sikit demi sedikit sedang terkoyak. cepat-cepatlah jahit dan kilatkan. jangan ditunggu lama-lama... setiap teguran harus diambil dengan hati yang terbuka dan berlapang dada. Beruntunglah jika masih ditegur oleh Allah dan tidak dibiarkan kita terus terusan disalut dosa. Berterima kasihlah padaNya untuk ujian yang diberi samaada dlm bentuk kesedihan,kegembiraan,susah & senang.. ALHAMDULILLAH SYUKUR YA ALLAH~~~~

Sunday, 29 January 2012

PUISI TARBIYYAH

                                     
                                                  Tarbiyyah adalah kekuatan yang mampu
                                                         Mengubah duri menjadi mawar
                                                         Mengubah cuka menjadi anggur
                                                        Mengubah malang menjadi untung
                                                          Mengubah sedih menjadi riang
                                                          Mengubah setan menjadi nabi
                                                        Mengubah iblis menjadi malaikat
                                                          Mengubah sakit menjadi sihat
                                                    Mengubah bakhil menjadi dermawan
                                                      Mengubah kandang menjadi taman
                                                      Mengubah amarah menjadi ramah
                                                        Mengubah penjara menjadi istana
                                                     Mengubah musibah menjadi muhibbah
                                                                       itulah tarbiyah.....

(diadaptasi daripada puisi oleh Ar-Rumi yang dideklamasikan oleh Ayyatul Husna dalam filem Ketika Cinta Bertasbih)

      ~~~~sekadar meminjam kata-kata diatas.dalam filem ia adlah cinta,jadi kita tukar dengan tarbiyah~~

                               Tarbiyyah mampu membawa kita menjadi Mukmin yang sejati..
                                        Membentuk individu muslim yang yang cemerlang
                             Menjadikan kita berperibadi mulia dengan akhlak Rasullulah S.A.W
                         
                                   Tetapi sekadar angan-angan dan cita-cita tidak mencukupi
                                               harus dimulakan dengan DIRI SENDIRI..
                                                               kita perlu berHIJRAH..
                                                 lakukan perubahan sedikit demi sedikit
             Dengan bantuan Naqibah, Bi'ah yang solehah,& sahabat yang sentiase nasihat-menasihati
                                                   Masih ingat lagi 10 muwassofat???
                                                              Jom kita praktikkan..

Friday, 27 January 2012

♥ Perkongsian -Khutbah Jumaat (27 Jan 2012)♥


Gmbr diatas :Umar Farouq bin Morhalim (sedap kn nama ni??)

"GENERASI MUDA HARAPAN AGAMA"
Khutbah Jumaat - 27 Januari 2012

*isi2 penting :-
1st -hndaklah mmahami Islam itu scara mnyeluruh (syumul) berpndukn al-Quran n as-Sunnah .

2nd -hndaklah beramal dgan Islam iaitu dgn mnympaiknnya ilmu yg ditimbanya kpda sgenap mnusia.

3rd -hndaklah kita menyeru ummah dgn mngajak melakukn kbaikan n mlarang mreka dripda mlakukan kmungkaran..x cukup skadar kita je soleh/solehah, ttpi mngabaikan usaha dkwah n jihad. 

4th -hndaklah mngikat hidup dgn sntiasa brjemaah.(e.g:solat 5 wktu berjmaah bersama ,insyaAllah nnti boleh kberkatan dan kekuatan Islam terserlah)





*Jom contohi pmuda /pemudi Islam + hebat di zaman Rasulullah saw...
( e.g Pemuda Kahfi, Zaid Harithah, Ali Abi Talib, Jaafar Abi Talib, Mus’ab Umair, Usamah Zaid, dan Bilal Rabah)
(e.g Khadijah , Aisyah , Al-Khansa bin Amru ,Fatimah r.a. ,Zinnirah , Rabiatul Adawiyah  , Masyitah ,Ummu Habibah )

~.::KeiKhLaSaN::.~

x smua yg kita ingin mmpu kita perolehi sbgaimana x smua yg kita perolehi adlh yg kta inginkn..kadang2 smakin jauh nk cuba lari dgn mnyelesaikan msalah, smakin dkat "ia" nk dtg mnghampiri kita…

~conclusion: ingatlah…Yg mnulis ujian atsmu adlh Yg mnulis nikmat utkmu..








‎~Keikhlasan seumpama seekor semut hitam dia atas batu hitam di malam yang amat kelam, ianya wujud tapi amat sukar dilihat. Jangan tertipu dengan terangnya bulan kerana di sebalik terang itu banyak kegelapannya....AYUH KITA SEMUA "IKHLASKN " HATI kerana Allah s.w.t...

♥ dri mutiara kata <<laman nurani

~aku ingin mencintaiMU~


thanx to fatimah abas coz bg tajuk lagu ni..=)



Aku Ingin Mencintai-Mu

Album : Muhasabah cinta
Munsyid : Edcouctic
http://liriknasyid.com


Tuhan betapa aku malu atas semua yang Kau beri padahal diriku terlalu sering membuatMU kecewa
entah mungkin karna ku terlena sementara Engkau beri aku kesempatan berulang kali agar aku kembali
dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghambakanMU
betapa tak ada apa-apanya aku dihadapanMU
reff:aku ingin mencintaiMU
setulusnya,sebenar-benar aku cinta
dalam do'a dalam ucapan dalam setiap langkahku
aku ingin mendekatiMU selamanya
sehina apapun diriku
kuberharap untuk bertemu denganMU ya Rabbi


-------<@ ^_^


Thursday, 26 January 2012

ukhuwah yang dirindui~~


Dalam meniti hari-hari cuti ni, terlintas selalu wajah-wajah damai sahabat-sahabat.Terkadang bergenang mutiara mengenang keakraban dan senda gurau yang pernah diukir. Tambah-tambah lepas sahaja habis YOQ12. Betapa rindu ingin memeluk dan memegang erat tangan bersama-sama berjalan dijalan tarbiyah dan dakwah. Manisnya ukhuwah yang dibina fillah ni, kadang tak terganggung betapa manisnya..sekadar meminjam kata-kata seorang sahabat yang saya rasa sangat OSEM!

" ukhuwah semanis puding caramel, dan sedamai gula-gula clorets perisa dark secret.."

mungkin saya boleh tambah lagi ukhuwah itu sekuat power root perisa madu extra strong!. Memang betul kata naqibah saya satu masa dulu!..ukhuwah yang sebenar-benarnya boleh membawa kita kepada Allah. Bila kita pegang ukhuwah tu betul-betul, ia akan jadi sangat luar biasa.

ukhuwah tu akan buat kita rasa happy teramat, tenang, kadang-kadang jadi pembakar semangat untuk kita dalam meniti hari-hari sehinggakan nama sahabat kita itu wajib ada dalam setiap doa yang dipanjatkan. Malah, kita akan menganggap dia lebih dari diri kita sendiri.Tapi kalau ukhuwah yg dibina tak ikhlas, selalu kita akan resah dan dia tu tidak ada makna dalam hidup kita. Sebab tu, pentingnya UKHUWAH FILLAH..ukhuwah yang dibina atas dasar semata-mata nak dapatkan keredhaan Allah. 

lagi osem bila sahabat ni buat kita rase dekat sgt dengan Allah. Bila pandang dan ingat dia, kita akan ingat Allah sekali. subhanallah!..Sebab itu,kita kena sentiasa muhasabah diri adakah kita telah menjadi sahabat yang boleh membawa sahabat kita yang lain mendekatkan diri kepada Allah. Bukan semua manusia boleh membawa kita dekat padaNya, so tengok balik atas dasar apa ukhuwah dibina. Oleh tu, kita dan sahabat kena bersama-sama sentiasa mengingatkan antara satu sama lain dengan niatkan selalu untuk mendapatkan keredhaanNya.

Percayalah, sangat tenang dan damai bila kita ada sahabat yang sangat menyanyangi, ambil berat, dan sentiase menasihati dan mengingatkan. Tapi, harus diingat, kita sendiri juga kena mulakan seperti itu..jadilah sahabat yang osem untuk sahabat kita..

Saya ada seorang sahabat yang selalu mengingatkan supaya kita jaga hubungan dengan Allah kalau nak Allah jaga hubungn kita. Setiap apa yang dikata ditambah lagi dengan kata-kata cinta dan sayang fillah, buat saya jadi sangat bersemangat untuk mempertingktkan diri dan berusaha keras untuk mencapai kemanisan cinta pada ALLAH sebab dia berusaha dan rase saya ni sangat tak bersyukur dan aib jika saya tak berusaha sekeras dia.

ukhuwah sebenar adalah ukhuwah yang berteraskan iman dan akidah, susah senang dihadapi bersama dengan satu matlamat untuk islam tertegak.

Jom buah hati semua tingkatkan diri, dan jadi sahabat yang OSEM & GOJES supaya kita dpt bertemu ditaman syurga kita~~~ l^____^l
~sangat rindu untuk berada di bulatan gembira~




Wednesday, 25 January 2012

mengimbau kenangan yg lpas ʘ‿ʘ



ingt lagi x prgram ni??
-tarikh :Ahad, 30hb Oktober 2011
-program : Sisters Bonding Day!
-tmpat :Netball Court, Female Sports Complex
-wktu :7.30am - 11.00am


¯˜"*°•♥•°*"˜¯`QUIZ ISLAM ´¯˜"*°•♥•°*"˜¯`
------------------------------
----------------------------
1)Dalam pertempuran apakah bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w (Hamzah ) terbunuh?


A.Perang Badar
B.Perang Ahzab 
C.Perang Uhud